Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Chua Tian Chang atau Tian Chua dan empat lagi ahli parti itu dipecat selepas bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 yang lepas tanpa persetujuan parti.<br /><br />Empat yang dipecat terdiri daripada Puah Chee Haur dari Cabang PKR Parit Buntar, Ahmad Tarmizi Mohd Ghazali (Cabang Gopeng), M. Mohganan (Cabang Taiping) serta Nur Khairunisa Abdullah (Cabang Sadong Jaya).